Friday, July 12, 2013

Perbezaan antara sahabat dan kawan

:.11072013.:
: .home sweet home.:

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari nie nisa dah berjaya menjalani ibadah puasa untuk hari kedua. pengalaman berpuasa sambil bekerja memang sangat-sangat mencabar. lebih-lebih melibatkan pekerjaan yang perlu berdiri sepanjang waktu. btw, sejak dulu nisa tertanya-tanya apa beza antara sahabat dan rakan. nisa sure ada jugak yang masih 'confuse' antara sahabat dengan rakan kan? sahabat tu bukan kawan eyh.. n kawan bukan sama erti dengan sahabat. 


sahabat

actually sahabat lagi murni dari kawan. sahabat adalah orang yang akan berada bersama-sama kita tidak kira sama ada kita susah atau senang. sahabat tidak akan muncul hanya ketika kita senang sahaja. sahabat juga lah yang akan tolong angkat kita semasa kita jatuh. orang yang dengki terhadap pencapaian kita tidak patut digelar sahabat. sahabat juga yang akan memberi motivasi dan pendapat tehadap sahabatnya supaya sahabatnya sentiasa bahagia.orang yang boleh menghilangkan kebimbangan hati kita dan berjuang demi kebaikan kita ini mesti dipanggil sahabat. 
kawan

kawan pula adalah orang yang hanya akan berada bersama kita untuk kesenangannya sahaja. dalam dunia ini,kawan mudah dicari. apabila kita gembira, merekalah orang pertama yang akan berada bersama kita. contohnya, apabila kita kaya raya , semua pakat serbu nak kawan dengan kita.. tapi apabila kita susah, bayang-bayang kawan pown kita tidak boleh lihat. apabila kita mempunyai masalah, mereka hanya mampu meminjamkan telinga mereka untuk mendengar masalah kita tapi mereka tidak akan cuba menyelesaikan masalah kita.sekiranya kita tidak sependapat, hubungan kawan boleh terputus.



so,nilai SAHABAT lebih penting dari nilai KAWAN. jika anda telah mempunyai SAHABAT. tolong hargai kehadiran mereka. jujur dalam hubungan sahabat sangat penting. tolong jangan tikam belakang sahabat anda. depan cakap semanis kurma tapi belakang cakap sepahit ubat. dalam persahabatan, sifat cemburu pown patut dibuang jauh-jauh. setiap orang ada kelebihan n keburukan masing-masing.Allah dah cipta sama adil.

sekarang kita tepuk dada dan tanya selera sama ada kita seorang kawan atau seorang sahabat? kita tengok diri kita sendiri, semasa kawan kita susah kita tolong atau buat dek ja. pernah ta kita hargai kehadiran mereka.btw, kita perlu memasang niat untuk menjadi seorang sahabat yang baik.sahabat yang bersahabat kerana Allah. contohilah sahabat di zaman Rasullullah S.A.W..

No comments:

Post a Comment

.SILA TINGGALKAN KUMEN ANDA DI SINI.