Saturday, July 13, 2013

cantik itu subjektif

:.120713.:
:. 3 RAMADAN 1434 H.:

Assalamualaikum.. camna dengan puasa korang? alhamdulillah puasa nisa untuk hari ketiga berjalan dengan lancar. kaki still kuat untuk berdiri dan badan mempunyai tenaga yang maksimum untuk bekerja..well,puasa bukanlah satu alasan untuk menyebabkan kita sentiasa kelihatan letih. jom kita ke tajuk yang sebenar.. Cantik? nisa sure benda first yang selalu kita ingat bila kita sebut perkataan cantik adalah MUKA.. i'm i right? wink wink.. zaman sekarang nie, CANTIK inilah yang menjadi kayu ukuran.bagi nisa cantik tu bukan terletak pada muka sahaja. cantik ini meliputi perangai, perwatakan, dan kesuciaan hati. apa guna muka cantik macam MISS WORLD tapi perangai mengalahkan syaitan. ta guna juga muka cantik tapi hati dipenuhi dengan noktah hitam. 



well, cantik itu sememangnya adalah subjektif n bukan objektif. subjektif bermaksud jawapan yang pelbagai. semasa di sekolah, bila soalan subjektif ja mesti cikgu akan dapat jawapan yang berlainan daripada setiap pelajarnya. cantik juga tergolong dalam situasi yang sama. contohnya si A akan cakap si C cantik.. tapi si B  akan cakap si C ta cantik. setiap orang mempunyai penilaian masing-masing. selalunya orang hanya akan nampak kecantikan luaran sahaja. pepatah inggeris juga ada menyebut tentang cantik, 'beauty is on the eye of beholder'.. actually, cantik luaran(muka cantik) adalah satu bonus oleh Allah. rasanya ta perlulah nak membangga diri dengan kecantikkan tersebut. seharusnya kita bersyukur dengan ciptaan Allah..



kesimpulannya, semua hawa yang diciptakan oleh Allah cantik. cantik itu sebenarnya letaknya di hati. kalau hati cantik,maka cantiklah fizikalnya. cantik dalaman itu sangat-sangat penting..

No comments:

Post a Comment

.SILA TINGGALKAN KUMEN ANDA DI SINI.