Wednesday, July 10, 2013

kelebihan bulan RAMADAN

                        :. 10/07/2013.:
                          :.1 RAMADAN 1434H.:

Alhamdulillah tahun nie still diberi peluang untuk merasai kenikmatan bulan ramadan. tahun nie macam tahun lepas juga,nisa dapat sambut bulan ramadan bersama family..bulan nie la nisa rasa kita perlu berlumba-lumba untuk memperbanyakkan amalan kita. Macam yang kita ketahui, bulan ramadan nie terdapat banyak kelebihan yang dijanjikan oleh ALLAH. Antara kelebihan bulan ramadan:

1) Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

2) Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3)Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt 5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

4). Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

5) Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. 
- Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-




No comments:

Post a Comment

.SILA TINGGALKAN KUMEN ANDA DI SINI.