Saturday, August 3, 2013

Kawal nafsu shopping

:. 3 0gos 2013:.
:. 25 RAMADHAN 1434H.:
:. Home sweet home.:

Assalamualaikum. firstly nak ucap selamat menyambut bulan ogos. pejam celik pejam celik dah bulan ogos. serius, masa 'berjalan' dengan pantas sekali. masa dowk nek jet kod. so dengan ini, ta lama lagi Ramadhan pown akan meninggalkan kita. so sad.. Ramadhan tahun nie nisa banyak habiskan masa kat tempat keja. sangat sangat sangat ta best. tapi Alhamdulillah Allah still bagi peluang kat nisa untuk merasai Ramadhan kali nie. Ramadhan dowk menjauh, Syawal dowk mai dekat. so, mesti ampa semua tengah buat persiapan untuk menyambut Syawal kn? sama dengan nisa.*high five.. tapi tahun nie nisa sambut ala kadar ja. nak simpan duit,nak kawen..winkwink.. 

By the way, sekarang nafsu shopping mesti mencanak naik bagai nak rak. nisa rasa time-time camnie la nafsu shopping berada di tahap maksimum. nampak baju cantik mesti nak beli, nampak kasut cantik mesti nak beli. nampak handbag cantik kat insta msti email nak beli. if shopping kat mall, kita mesti pantang tertera papan tanda jualan murah, mesti kaki tergedik-gedik nak masuk.. m i right?*nisa pown macam nie. so, nisa nak share sikit teknik-teknik untuk kawal nafsu shopping..

1) pasangkan niat.
dari kecik memang mak nisa dah ajaq, nak buat something kena niatkan dalam hati. sebelum shopping 2 kita niat la nak beli barang yang sepatutnya sahaja. ta akan membazir dan akan berjimat cermat.Insyaallah kita boleh kawal nafsu shopping dengan syarat kita bersungguh-sungguh tetapkan niat. 

2) list
sediakan senarai(list) keperluan barang yang hendak dibeli sebelum  ke pasaraya. ini akan membantu kita untuk hanya membeli barang yang sepatutnya.jangan nanti jadi macam nie.

kat rumah
nanti nak beli 2 pasang baju la.

kat kedai
settle 4 pasang baju 

*lain yang dirancang, lain yang dibuat

3) Tetapkan masa.
kita seharusnya tetapkan masa yang diperlukan untuk kita shopping. kajian menunjukkan semakin lama kita berada di sesebuah shopping complex, semakin banyak duit kita akan melayang. jika kita kurangkan masa bershopping, kita akan lebih fokus kepada barang yang hendak dibeli.

4) jangan tertipu dengan papan tanda jualan murah
yang nie paling paling paling penting.*perlu repeat 3 kali eyh?. btw, nisa kan tengah keja kat shopping mall, so nisa taw la serba sikit teknik-teknik penjual untuk menarik pelanggan. firstly, diorang akan letak papan tanda 50,70,80 percent. actually harga barang 2 memang lebih kurang macam lepai diskaun. manusia memang pantang nampak papan tanda diskaun expecially perempuan.

Akhir sekali, berbelanjalah dengan bijak. sesungguhnya membeli belah itu memang sangat-sangat menguji keimanan. selamat beramal.. 

 “Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah, katanya: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (bersedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment

.SILA TINGGALKAN KUMEN ANDA DI SINI.